menangis menderita ingat kesah silam

aku terbayang2 kan salah aku kat parents aku.. dosa2 aku.. melawan.. menyakitkan kan ati diorang.. luke kan ati diorang..thank to kak fynn yg wat kan lirik dn wat kan aku sedar kesilapan aku terhadap mak bapak aku..korang try laa pahami ayat nih..mesti korang menangis.. aku tak benti nangis dari tadi..

"wahai ayahanda..berhentilah walau sebentar..dan renungkan mataku yang melaut..khabarkan yang jujur dan ujar..apa menyerabut?wahai ayahanda..bercukuplah menggagah tulang rapuhmu..akukan lemahmu
perikan penatmu..kisahkan jerihmu..aku mahu tahu..wahai ayahanda..bisikkanlah walau sekali..izinkan aku menumpangkan bahu..berikan aku seperca dari beban kamu..wahai ayahanda..lihatkanlah aku..berlari kini..melompat tinggi..setiapnya kerna kau tak pernah pergi..ah, apa masih ingat lagi..aku suka lari-lari?kau bagaikan tak peduli..ku biar kau patah hati..ah, apa masih tidak lupa..tengking jerit sama-sama?makan tak mahu semeja..sahabat lebih berharga..ah, apa mampu kau sudikan..ampun maaf ku sujudkan?bisa tidak kau teruskan..ku sesat kau tunjuk jalan?ah, apa layak aku bagi?tak terbalas sampai mati..kau sungguh yang paling tinggi..istanamu syurga nanti.."